Saturday, October 1, 2011

(>_<)

Bismillahirrahmaanirrahim..

Wahai Allah..,

Engkau tahu perihal setiap hambamu melebihi apa yang mereka tahu..

Engkau yang menggerakkan tangan mereka untuk berbuat sesuatu.., tanpa gerakkan darimu, tangan mereka tidak bisa berbuat apa-apa..

Engkau yang membenarkan telinga mereka untuk mendengar sesuatu.., tanpa kebenaranmu, telinga mereka tidak bisa mendengar apa-apa..

Engkau yang mengilhamkan hati mereka untuk memilih sesuatu perkara itu.., tanpa ilham darimu, mereka tidak langsung mampu untuk membuat pilihan..

Engkau yang memerintahkan kaki mereka untuk menuju ke sesuatu destinasi itu.., tanpa perintahmu, mereka tidak bisa bergerak ke mana-mana..

Hebatnya Engkau wahai Allah…

Apa-apa yang ada dilangit malah dibumi, semuanya dibawah pentadbiran Engkau..

Engkau hanya berkata “kun”, maka akan jadilah sesuatu itu..

Tanpa kehendakmu, sesuatu itu tidak akan terjadi, tidak pernah terjadi dan mustahil akan terjadi.

Dengan kehendakmu, sesuatu itu pasti akan terjadi, pernah terjadi dan tidak mustahil akan terjadi.

Pesanan buat saya: “Baikilah yakin kita bahawa Allah yang tadbir, Allah yang urus, Allah yang pegang, Allah yang bantu, Allah yang bagi, Allah yang ambil semula, Allah yang kayakan, Allah yang miskinkan, Allah yang senangkan, Allah yang susahkan, Allah yang mudahkan, Allah yang sakitkan, Allah yang sembuhkan, Allah yang beri sedih, Allah yang beri gambira, Allah yang tidurkan, Allah yang………….. everything’s from Allah and to Allah.. Makhluk apa kuasa? Takda kuasa apa-apa.. Allah power, makhluk no power! Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allah.. Allah..”

Tuesday, September 13, 2011

Berita Gembira Dari Orang2 Yang Tersayang..! Alhamdulillah.. Nikmat Dari Allah..!

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Syukur kepada Allah..,
Dengan limpah kurnia rezeki dariNya, pelbagai berita gembira saya dapat hari ni..

Pertamanya..,
Saya kol kluarga angkat saya kat Perak, dah lama x bertanya khabar, Allah telah gerakkan hati saya dan Alhamdulillah Allah izinkan saya kali ni untuk bercakap dengan nenda tercinta..(gembira2! =))
Atok lak tak balik sekolah lagi, nek ckp atok tgh siapkan kertas peksa anak murid dia.. Semoga Allah lindung atok n nenda saya.. Allah baik sangat2!! Nek bgtau yg Uwais Qarni dh pindah madrasah. Sbb Madrasah kat Parit Buntar ustaznya pindah. Madrasah tu still ada lg tp budak2 banat yg duduk, lagipun tempat tu dh diwakafkan oleh hamba Allah yg tanam saham untuk akhirat sok..(gembira2! =))
Aisyah dan Adawiyah plak 15hb September ni daftar masuk madrasah kat Nibong Tebal. Suka sangat dengar sbb boleh sambung impian abah dorang nk dorang jadi hafizah.. Ameen! (Gembira2! =))
Then nek bgtau yg Atok x lama lagi nk kuar 40hr, tapi x sure lagi la kat Thailand atau Indonesia, Hidayat2..! (Gembira2! =))
Nenek pulak insyaAllah nk kuar IPB tahun depan.. Hidayat2!! (Gembira2! =))


Keduanya..,
tentang kakngah saya dalam proses nk tamat zaman bujangnya!! :) saya teramat suka dan gembira bila pihak lelaki dah gi umah si perempuan.. (Gembira2!! =))
Tapi dalam proses ikram lagi tuh.. Ya Allah.. bantu dorang Ya Allah.., Mudahkan urusan nikah dorang.. :) sayang kakngah!!



Ketiganya..,
Tentang Kakyu saya laaakk.. Tak sangka dalam menghadapi ujian2 yang Allah bg, tempoh pertunangan mereka Allah bg kejap je. bulan 12 ni nk nikah daaah.. (Gembira2!! =))
Seronok betul dengar.. Moga kakyu tak kufur nikmat ye.. sayang kakyu!!


Keempatnya..,
berita gembira yang paling besshh, saya nak balik hujung minggu ni.. heee~ Bersedia untuk menggembirakan hati mak ayah saya plak.. (Gembira2!! =))


Monday, September 12, 2011

Kisah seorang Wali~

Diceritakan bahawa ada satu kisah pengalaman dari seorang wali iaitu Yazid Bustami..

satu hari, datang seorang teman kepada Yazid Bustami untuk mengadu.. "saya telah berpuasa setiap hari dan bersolat setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan roh seperti yang engkua ceritakan."

Lalu Yazid Bustami menjawab.. "Kalaupun engkau berpuasa setiap hari dan bersolat setiap malam selama 300 tahun, engkau pasti tidak akan menemukannya juga..".

"kenapa..?" pintas temannya.

Jawab Yazid, "Sifatmu yang pentingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah."

Teman itu lantas bertanya.. "katakanlah padaku apakah ubatnya..?"

"ada ubatnya.." kata Yazid. "tetapi engkau tidak akan sanggup untuk melakukannya.." sambung Yazid.

Namun Yazid dipaksa oleh temannya supaya memberitahu apakah ubat kepada penyakitnya itu.. Maka jawab Yazid..

"pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali paras pinggang yang menutupi dari aras pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, dan isilah karung itu dengan buah kenari dan gantunglah karung itu di lehermu. Kemudian engkau pergilah ke pasar sambil menangis dan laungkanlah begini.. "setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan mendapat sebiji kenari!" Kemudian, pergilah tempat persidangan Kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka. "selamatkanlah jiwaku".

Teman Yazid lantas menjawab, "sungguh! aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah aku cara pengubatan yang lain."

Maka Yazid menjawab, "Yang aku ceritakan tadi adalah permulaan kepada rawatan penyakitmu. Hakikatnya begitulah, engkau tidak dapat disembuhkan lagi sekiranya gagal memulakan rawatanmu sebegitu."

Yazid Busatami adalah seorang wali Allah yang diberi keistimewaan dapat membaca hati temannya yang berjuang semata kerana nama, pangkat dan sanjungan manusia. Oleh sebab itu Yazid memerintahkan temannya untuk bermujahadah dengan nafsunya dengan cara menghina diri dan menyatakan apa yang telah disembunyikan oleh temannya itu dari orang ramai.

p/s: selagimana nafsu tidak dipatahkan, selagi itu roh dan batiniah tidak dapat disucikan.. maka selagi itulah hati terhijab.. Na'uzubillahi min zalik~

Pernahkah kita..?

Pernahkah kita hitung dosa2 lahir dan batin kita sambil mengalir airmata kerna istighfar..?

Selalukah hati kita ingat pada Mati yang bisa menjemput kita mungkin sebentar lagi sambil menitiskan airmata..?

Pernahkah kita hina diri kita dihadapan Allah sambil menangis..?

Pernahkah kita hitung berapa banyak harta kita, duit kita, buku kita, pakaian kita, kereta kita, kasut kita, makanan kita dan lain-lain kepunyaan kita yang berada di dalam simpanan kita yang lebih dari perlu yang mana semua itu akan dihisab..?

Pernahkah kita termenung sambil sebak mengenangkan orang-orang yang pernah kita kasari, umpat, tipu, fitnah, hina dan aniaya samada ibu, ayah, sahabat, adik beradik, saudara mara, jiran tetangga supaya kita meminta maaf dan membersihkan dosa kita sesama manusia di dunia lagi tanpa menunggu ketibaan hari yang tiada lagi diberi maaf..?


Pernahkah kita redha dengan takdir yang Allah berikan pada kita walaupun tidak sesuai dengan kehendak hati kita dan apakah pernah kita rasa ianya yang terbaik dari Allah untuk kita..?


Pernahkah hati kita rasa senang dan tenang dan tiada dendam apabila ada yang mencerca dan memaki kita..?

Pernahkah kita rela dan halalkan sahaja jika ada orang yang menipu dan mencuri harta kita..?

Pernahkah kita rasa takut dengan kemurkaan Allah apabila kita rasa bersalah dengan orang lain..?

Pernahkah hati kita rasa kasihan pada orang yang berbuat salah tanpa menghina dan memakinya..?

Pernahkah kita bersangka baik pada orang yang bersangka buruk pada kita..?

Pernahkah kita...?

~Nor Afniza@NurHarrah~

Aku Dusta Ya Allah.. =(



Aku belum pasti adakah aku sudah betul2 mengenalMu Ya Allah..?
Hati aku masih ada perasaan ragu2 terhadap janji2 Allah..
Ayat2Mu seringkali aku alunkan dengan merdu,
namun aku tak tahu apakah ianya meresap ke hati ataupun sekadar alunan..
berdustakah aku mengakui bahawa aku seorang yang bertuhankan Engkau..?
Jangan hukum aku Ya Allah... =(
Aku hambaMu yang dhaiff...

Dosa2 ku semuanya dalam rahsiaMu..
Hatiku berat untuk mengakui ianya satu beban malah seolah-olah ianya hanya seperti perkara kecil yang kumain-mainkan..
Aku Dhaiff Ya Allah..

Aku termasuk hambaMu yang kufur kerna seolah2 aku tidak khuatirkan dosa2ku..
Orang yang beriman melihat dosa2 kecil mereka seperti gunung2, namun aku..?
Seolah2 dosa dan pahala seperti tiada beza lagi..
seperti aku tidak kenal lagi mana baik dan buruk..
Ya Allah.., Aku Dhaiff.. =(

Jangan kaburkan pandangan mata hatiku..
Aku perlukan hidayatMu..
Tapi hati aku berat untuk meminta dariMu..
Sombongnya aku Ya Allah..
Allah.., aku dhaifff.... =(

Wahai Allah..,
Engkau Maha Hebat..,
segala-galanya dalam pemeliharaan Kau..
Namun.., mengapa aku berat untuk akuinya..?
Engkau pemelihara Neraka itu,
Namun aku tidak pernah meminta dari Engkau untuk jauhinya dari aku..
Apakah aku tidak mengakui bahawa Neraka itu benar2 panas..?
atau ianya dibatasi keegoanku..? =(

Adakah aku berdusta denganMu Ya Allah..?
Aku tahu Engkau Maha Mengawasi..,
Tapi apa yang aku lakukan seperti aku tidak yakin ada mata yang melihat..
Apakah Kau hijab hati aku..?
Jangan Ya Allah..
Ampun Ya Allah..
Aku Dhaifff.. =(

Benar Ya Allah..,
Aku benar2 berdusta..
Hatiku tiada rindu dan cinta padaMu..
Ia sekadar dibibir sahaja..
Ampun Ya Allah..
kembalikanlah semula cinta kita.. =(
Aku sunyi..
Aku sepi..
Engkau pemilik rindu dan cinta itu..
Pandanglah semula aku..
Aku dhaiff Ya Allah.. =(


~Nor Afniza@NurHarrah~

Saturday, September 10, 2011

Sunday, August 14, 2011

~menyingkir sebelum disingkir~


Bismillah.. dengan namaMu Ya Allah..

Subhanallah..
Disaat insan lain teruji dengan hati2 mereka,
Aku disini Engkau lemparkan ujian dengan Tali Silaturrahim..

Sungguh Ya Allah..
Aku teruji denganMu..
Engkau Maha Hebat..
Pernah dahulu aku disingkir dari hidup insan-insan yang aku sayang,
Kini biarlah aku yang menyingkirkan diriku sendiri sebelum terjadi penyingkiran itu semula..

Sungguh..,
Tak siapa mahu hatinya terluka,
Namun apakan daya..,
Aturan Allah itu adalah yang terbaik buat HambaNya..

Aku akui Ya Allah..,
Di dadaku penuh rahsia yang tak bisa ku khabarkan pada yang lain..,
Engkau pencipta mehnah-mehnah ini,
Engkau jualah kepunyaan segala jalan selesaiNya..

Aku disini..
Terluka hanya dalam pengetahuanMu Ya Rabb..
Lidah kelu ingin meluahkan pada yang tak selayaknya..
Segala penderitaanku,
Biarlah sekadar Engkau tempat pengaduanku..

Allah......,
Engkau tahu aku layak untuk Ujian ini..
Sabarkan aku, jua redhakan aku..



Saturday, August 13, 2011

Sahabatku Terluka.. :'(



Bismillah... Dengan nama Allah..

Mendapat khabar dari seorang sahabat..
Hatinya pedih terluka.. Allah... Hati ini turut terluka jua..
betapa aku mencinta sahabatku ini..
Tak sanggup melihat dia dalam keadaan terluka..


Wahai sahabat kesayanganku...,
Sabarlah wahai permataku...,
Engkau di uji tanda cinta Allah padamu...,
Jangan kau biarkan hatimu bersangka buruk dengan Allah..
Sesungguhnya Allah tahu derita hatimu sayang..
Teruslah berkorban demi orang-orang yang kita sayang..
Kerna setiap pengorbananmu itu dihitung Allah..





Diri ini teramat mencintai dirimu wahai sahabat..
Maka, bersabarlah! =)


Kesayanganku..


..Bissmillah..

Saat hati dilanda kerinduan,
hanya linangan airmata menjadi pencerita..




Rindu sangat saat ni..
Kenangan yang tak dapat dilupakan..





Sumayyah.. MmuAhh! sayang sangat3!!
dah boleh bercakap rasenye.. ;-)


Adawiyah & Abg Min
kepetahan dalam bercakap..


Aisyah & Adawiyah..
Moga Menjadi hafizah yang diharap Abah..
Sayang sangat2 :)



Moga Kalian Bahagia & Diredhai Allah..
Aturan Allah menceritakan segalanya tentang kebaikan diri ini..
Kerinduan ini adalah semata kerana Allah..
Maaf atas salah silap yang selama ini telah dibuat..


..Apabila hati merindu, hanya airmata yang mampu tercurah..
Moga penyingkiran ini adalah penyingkiran yang diredhai Allah..
~Allah Hafiz abadan abada~

Friday, August 12, 2011

Speechless~




Kad Pengenalan Pelajar Saya (PID 09251)


Bersama Rakan Seperjuangan Bahasa Arab & Tamadun Islam



Saya Yang Dhaiff (T__T')



Pembentangan Untuk Madah Kitabul Maqal



Persekitaran Al-Kuliah Islamiyyah Bahanj, Kuantan
Tempat saya menuntut ilmu lughah arabiyyah



Laluan Menghubungkan Asrama & Bilik Kuliah



...(^__^)...


Rakan Seperjuangan



Hasil Kerja saya (buku skrap untuk madah 'Tamadun Islam Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin')


Nota Saya dalam kelas.. =)



Tazkirah Nisa setiap hari Jumaat (^__^)
(Ilmu tambahan di luar waktu kuliah)


Board saya & rakan bilik


Percubaan Pertama Imtihan Bahasa Arab


Uhibbuki lughah Arabiyyah =)

Tuesday, January 11, 2011

Soal Fitrah..? Aku Ketepikan dahulu..

Bissmilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk menulis..
Subhanallah.. Milik Allah apa yang ada di langit dan bumi ini.. Dia berkuasa berbuat apa sahaja. Subhanallah.. hebatnya Allah. (T_T,)



Junjungan besar buat MUROBBI AGUNG kita, Muhammad s.a.w yang sentiasa berhati bimbang pada umat2nya.. (T_T,)
Allah.. selagi termampu, kuusahakan amanahmu Ya HAbiballlah.. (T_T,)




Alahai Fitrah yang bisa menjadi Fitnah..
Bicara soal fitrah ni luas skopnya.. cuma manusia ni lebih fokuskan soal hati dan perasaan atau lebih sinonimnya "CINTA". Bila bicara soal cinta pula, manusia ni lebih kecilkan skopnya kepada "CINTA SESAMA INSAN". Dan kecilkan lagi skopnya,
"CINTA BERLAINAN JANTINA". ya.. fitrahnya itu semua.. ;)

Kenapa ya manusia ni lebih cenderung ke arah tu? jawapan?? tuntutan fitrahlah.. ;)
Termasuklah diri ana. Tapi dimana silapnya tatkala bicara soal cinta? Silapnya kita apabila mula untuk bercerita soal ini berlebihan sehinggakan mendorong nafsu juga turut serta dalam perbicaraan ini. Bukanlah ingin mengkritik, cuma ingin mengingatkan pada diri ini juga bahawa fitrah itu bisa membawa kepada fitnah. ;(

Ana bukanlah seorang yang cenderung kepada soal cinta pada awalnya, tetapi disebabkan faktor2 yang mendorong ana untuk menulis soal ini., ana fikir ia perlu. Tipulah jika ana kata ana tidak punya nafsu untuk berumah tangga. Semestinya ada kerana diri ini tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah yang tegar cintanya pada Allah. Bukan bermakna ana tidak cintakan Allah. Tapi belum tahap sampai seperti seorang wanita sufi ini. Subhanallah.. Ana tak mampu untuk menyembunyikan rasa fitrah ini. Walaupun bukan sekarang waktunya, tapi ia penting dalam hidup ana untuk mengembangkan zuriat keturunan. Ana hanya mampu untuk tolak tepi dahulu soal ni. Hambatan-hambatan lain lebih ana utamakan selagimana nafsu ana belum lagi sampai pada tahap "WAJIB" dipenuhi. Alhamdulillah Allah jualah yang memberi kekuatan ni. (T_T,)

Tatkala manusia lain sibuk berbicara soal ini, hati ini juga terkesan dek diskusi itu. Bukannya salah bicara soal itu. Cuma khuatir jika tersalah dan terlebih bicara akan membawa kepada perkara maksiat yakni maksiat hati. Hati ini mudah ditipu dan senang ditipu. Lihatlah sendiri buktinya dimana kita sering tertipu dan ditipu dek dunia. Tapi masih lagi berani dan tidak serik2 ditipu. Alahai ruginya wahai manusia yang punya hati tapi tidak mampu untuk menghalang. (T_T,)




Hadirkanlah dahulu cintamu untuk Allah.. Selagimana belum lagi terjadi itu, pesanlah pada diri agar bertahanlah dahulu, dan usahakan dahulu untuk meraih cinta Allah..
Allah..
Manusia sekarang ini lebih utamakan cinta manusia berbanding cinta Allah. Mereka lebih bimbang jika hati mereka belum dicintai oleh manusia, tapi mereka tidak sesekali bimbang cinta Allah tiada pada mereka.. sungguh Ya Allah.. Ampunkanlah mereka kerana mereka tidak mengerti.. (T_T,)



Ya Allah.., beri kekuatan pada hamba-hambaMU yang KAU uji dengan "CINTA" itu. Beri kegagahan pada mereka untuk melawan dorongan fitrah yang suci itu agar tidakkan tercemar..
Yakinkanlah pada mereka bahawa pastinya suatu hari nanti akan ada SIDIA yang ENGKAU anugerahkan pada mereka berkat kesabaran mereka dalam mujahadah. Jika bukan didunia, pastinya di syurga. Sungguh!! Engkau tidak pernah membohongi hamba-hambaMU. ;)

Monday, January 10, 2011

~**Cinta Tersulam Redha**~

Jangan disangka pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya.
Dan jangan disangka pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Masa depan cinta itu hak Allah..
Dan pasangan yang tidak melalui fasa percintaan sebelum menikah itu lebih diredhai kerana tidak bercampur dengan maksiat hati.. (>_<,)

Cinta itu ibarat pohon. Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita. Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’… Namun aku pasrah…


Jam 8.00 malam



‘Yang mana satu ek…?’

‘Yang itukan?’..

‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..

‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’

‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.




‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga rasa hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..

Detik-detik ijab kabul itu.., Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami isteri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita. Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,

Yang mewujud utuh..

Dalam seluruh dimensi..

Dan menyentuh utuh..

Sepenuh rasa di jiwa,

Itulah detik ijab qabul..

Selamanya..

Indahnya nyata..

insyaAllah..



“Assalamualaikum!’ sapa satu suara. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar… Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menembak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.

‘Tak sempat lagi tengok muka dia’

‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.

‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’

‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’

‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.



Aduhai…

Sahabat-sahabat yang ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat.
Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali......

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya (perkahwinannya) pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yang cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.

Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz… Ukhti…
Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi… Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….


Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alasan untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok, undur dulu…

‘iffah : ok, jaga diri ..

Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)

‘iffah..insyaAllah. . wassalam..

Thariq :wslm wr wbt..


Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah (baca : dihormati) tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon "=)" namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,

dalam kesedaran cinta ilahi,

sebagai sebenar-benar cinta.



Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..

Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…


Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..

imanlah jawabnya..


Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,

Di kelopak cerah segala bunga,

di pucuk-pucuk hijau segala rasa..



Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….



‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..

Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..

tertambat kukuh hanya padaMU..

Aku mohon redha atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku..

kenikmatan memandang wajahMu..

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..

Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’


Kembara Tamadun ( >_<)

Pada Tanggal 31 Disember 2010 ana telah ke Terengganu mengikut seorang sahabat pulang kerumahnya. Tapi dalam masa yang sama berniat untuk ziarah keluarganya. Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan perjalanan walaupun pada awalnya tiket telah habis. Dengan keinginan yang terlalu berharap untuk berziarah, alhamdulillah kami dapat juga tiket akhir yang dijual pada harga RM30. Kebiasaannya tiket ke terngganu dijual pada harga RM18 shj.

Walau apapun, kami akhirnya selamat sampai kerumah pada jam 2 ptg.
Disambut oleh ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan tengahari Walaupun kesibukan, tapi masih mampu melayan kami.

Pada sebelah petang, kami keluar untuk bersiar-siar di pantai. Walaupun jalan dibasahi hujan, kami tetap seronok menikmati panorama laut yang anginnya bertiup sehinggakan akhirnya kami terpaksa masuk semula kedalam kereta kerana tiupan angin membuatkan jilbab yang kami pakai terselak-selak. (>..<)







Pada keesokkan harinya, kami telah merancang untuk ke Taman Tamadun Islam yang terletak berhampiran dengan masjid Kristal. Walaupun pada mulanya membuatkan kami fikir 2,3 kali untuk masuk, namun kerana ilmu dan minat pada tamadun islam, kami masuk juga dengan bayaran RM15/seorang.

Subhanallah... kebolehan yang Allah ciptakan dan Allah ilhamkan pada manusia untuk membina monumen-monumen yang indah sungguh mengkagumkan. Seolah-seolah berada di segenap pelosok tanah arab. AllahuRabbi.. Hebatnya Allah.. (^_^,)










Gambar-gambar di atas adalah sebahagian gambar yang kali ambil di Taman Tamadun Islam. Sungguh! Allah telah mamberikan nikmat yang besar. Allah telah izinkan kami kesitu. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Wallahu'alam..