Bismillahirrahmanirrahhim..
Pada 21 September 1988 lahirlah puteri kedua ayahanda dan ibunda yang diberi nama Nor Afniza Bt Md Rasani. Semasa kecilnya dipelihara oleh nenda tercinta di Negeri Serambi MAkkah selama 5 tahun sebelum dibawa berpindah ke bandar besar di Kuala Lumpur yang penuh cabaran.. Dihantar untuk meraih ilmu dari umur 6 tahun hinggalah ke usia 17tahun ke sekolah Inggeris. Seusai tamat persekolahan disana, memujuk diri untuk mula mengembara di bumi Allah untuk mencari siapa dirinya yang sebenar.. Alhamdulillah telah dipilih untuk menduduki imtihan di Institusi Islam di Ibu Negara. hampir 3 tahun di sana, banyak yang telah dikaut untuk membawa diri melangkah ke arah yang lebih jauh.. Pelbagai mehnah di sana yang mengajarnya erti rasa ukwwahfillah yang suci..
Selesai disana, memujuk diri lagi untuk meraih ilmu bahasa.. Bahasa yang dipelajari bukan bahasa biasa.. Bahasa yang bisa menggetarkan jiwa apabila meneliti Kitab Agung.. Bahasa yang pernah diagungkan oleh Baginda.. Bahasa ahli-ahli Syurga..
Semoga perjalanannya mengembara di bumi yang berjiran dengan Serambi Makkah dapat redha Ilahi.. Aminn.. Sama-samalah doakan perjalanannya..
"seindah mawar berduri aromamu harum mewangi... namun berpagarkan duri demi mempertahankan hakikat keindahan... Kalau tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah menjadi penyuluh hidupmu... Kelak ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu terhadapNYA..."
Wahai Semua Mujahidah!!!!!
"usah risau andai kita kurang tidur, kerana itulah tradisi seorang pejuangdi jalanNYA. Tidurnya tidak panjang, makannya tidak banyak.. Orang berjuang perlu thabat dan tabah dalam gerak kerja, semangat dan cinta pada ALLAH & RASUL sentiasa mekar berpanjangan. Bagi mereka, masa yang singkat dinihari itu menjinakkan hati dengan membaca al-Quran dan banyak mengingati mati. Dari mana tenaga itu diperoleh?? Kudratnya dari aliran darah yang telah dizikirkan dengan kalimah toyyibah, rindu dan kecintaan pada Allah menyebabkan segala mehnah itu sudah lali bagi sang Mujahid.."
No comments:
Post a Comment