Friday, February 26, 2010

IsLaM daN CinTa SeJaTi....


Bismillahirrahmanirrahim...


Semua orang petah berbicara mengenai cinta.. tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?? =)

Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah juga menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.

Sabda Nabi SAW: "Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan menbenci kerana Allah.. (riwayat Ahmad).

Berpasangan dan cinta adalah fitrah, naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, sesorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.

Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkahlaku, hasrat dan keputusan antara mereka. keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurang. Kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar sidia tidak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak dimulut, kerana mereka gemar meluahakan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada dihati, kerana mereka lebih memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang.. akan tetapi, cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia pula, mereka berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois yang akan memburukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usahlah pentingkan diri tapi, banyakkan toleransi. Jika setipa pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, maka, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itulah sebaik-baik pasangan..

..CINTAILAH SIAPA SAHAJA YANG KAMU CINTAI, TETAPI SUATU HARI NANTI KAMU AKAN BERPISAH DENGANNYA, TETAPI MENCINTA TUHAN KEKAL BUAT SELAMANYA...


.....***Pencari Cinta yang mencintaiNYA***....

AURAT WANITA ISLAM.....

Dengan nama Allah..
Yang Maha Pemurah lagi ..
Maha lagi Maha Penyayang..




Bulu kening
menurut Bukahri, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (riwayat Abu Daud fi fathul bari)

Kaki
"dan janganlah mereka(perempuan) membentakkan kaki(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur:31) keterangan: menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokan badan mengikut hentakan kaki.

Wangian
"siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (riwayat nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Dada
"hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur:31)

Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (riwayat at-Tabrani)
"dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." (riwayat bukhari dan muslim)

Muka dan leher
"dan tinggallah kamu(perempuan) dirumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu" keterangan: bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliyyah.

Muka dan tangan
"Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja."
(riwayat Muslim dan Bukhari)

Tangan
"sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)

Mata
"dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." (An-Nur: 31)

Mulut(suara)
"janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzab:32)
Sabda Nabi SAW, "sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi. (riwayat Ibn Majah)


Kemaluan

"dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka tundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (An-Nur:31)
"apabila seorang perempuan itu bersolat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (riwayat Al-Bazzar)
"tiada seorang perempuan yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminnya, melainkan dia telah telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(riwayat Tirmidzi, Abu daud dan Ibn Majah)

Pakaian
"barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah)
"sesungguhnya sebilangan ahli-ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Keterangan: wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk badan, dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
"hAI Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka berjilbab yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu, mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

Rambut
"wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah merek itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, February 15, 2010

Kembara iLmu Bermula...

بسم الله الرحمن الرحيم..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pengembaraan sudah bermula..
Setiap detik jantungku berdetak, semestinya aku mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Namun, mana mungkin manusia dhoif yang bergelar insan ini, dapat lari dari niat yang menyimpang..?
Sejauh manapun harapan diri untuk mendapat redha Allah, hanya iman di dada yang bisa menguntainya.
Nilaian Allahlah semata-mata sedalam mana keikhlasan kita dalam mengembara mendapat redha-Nya. Kadangkala ketika niat tersasar dari apa yang diharapkan, pasti ia mendatangkan berbagai-bagai niat yang menyimpang.
Manusia tidak sesekali boleh lari dari perasaan bangga ketika di puji.
Melainkan Allah mengizinkan untuk berkebolehan dalam bermujahadah dengan perasaan itu.
Izinkan aku meminjam pepatah dari orang2 cina.
"Orang yang memujiku adalah musuhku".
Teringat juga aku pada seorang sahabat baginda SAW tatkala dirinya dipuji.
Diambilnya pasir lalu dilemparkan kepada Si Pemuji itu.
Itulah sifat para sahabat.
Tidak dinafikan, dalam menelusuri pengembaraan yang penuh dengan imtihan Allah, aku pastikan berhenti di persinggahan.
Tatkala itu, pastikan ada kata2 pujian walaupun ianya samar2 kedengaran.
Disitulah terujinya keikhlasan aku.
Apa yang dilakukan adalah benar2 untuk redha Allah atau untuk mendapat sanjungan..??
Lebih2 lagi dalam kembara menuntut ilmu.
Bagaimana niat aku dalam menelusuri pengembaraan mencari ilmu Allah?
Lebih2 lagi ilmu agama?
seringkali aku tanyakan pada diri sendiri,
"untuk apa dan kerana apa aku mempelajari semua ilmu2 ini??"
Berulang2 kali aku tanyakan pada diri. Adakah benar kerana Allah dan redhaNya??
Atau jauh di sudut hati, kerana duniawi dan habuannya??!
Subhanallah.........!
Akukah itu? Yang terpesong niatnya??
Macam2 niat yang berselirat di dada penuntut seperti aku.
Niat2 yang sepatutnya di "bakulsampahkan".
Niat agar di gelar ALIM!
Niat agar di gelar BIJAK PANDAI!
Niat menimbun HARTA!
Niat menipu manusia!
Niat mendapat PANGKAT dan SANJUNGAN!
Ringkasnya niat untuk dapat habuan dunia!!
TUDAKK!!
Itu bukan diri aku yang sebenar!
Seringkali aku memujuk diri ini untuk sentiasa betulkan niat.. semuanya bergantung pada hati yang sentiasa dibajai iman..
Iman... ianya ibarat bijih benih yang sentiasa memerlukan penjagaan rapi.. perlu disiram untul terus bercambah dan seterusnya menghasilkan pucuk2 yang sihat lantas menjadi pohon yang rendang yang membuahkan hasil yang ranum..
Iman kita, jika tidak di bajai, ianya bisa mendahului nafsu.
Apabila nafsu di atas, iman pasti dibawah. Disaat itu, aku lebih buruk perangai dari Si bertanduk. Kerana apa aku berani menyatakan sedemikian?? Kerana Si bertanduk itu tidak sesekali melakukan apa yang di hasutnya. Ia hanya menghasut. Yang buat aku!
Subhanallah....
Moga aku bukanlah dari golonagn yang melalaikan pembajaan iman.. InsyaAllah..

Disini.., aku mengajak diri aku serta sahabat2 supaya kita sentiasa ingatkan diri kita untuk memperbetukan niat2 yang terkadang bisa terpesong. Supaya ianya tetap dan teguh di landasan yang betul.

Aku..? Aku kan tetap terus mengembara untuk sedaya upaya Allah redha terhadap aku..

Engkau..! Aku tetap doakan bersama dalam meniti pengembaraan hingga kembara yang terakhir..
InsyaAllah..

....**KEMBARA ILMU, DI TANAH GERSANG BUMI KIPSAS, PAHANG 2010**.....