Sunday, July 18, 2010

LUAHAN HATI YANG SEPI…

Ya Allah..
Dengarlah rintihan hati hambaMu yang hina ini.. Hamba yang selalu leka dan lalai dalam menuruti perintahMu.. Tapi kerap benar meminta itu dan ini dariMu.. Sungguh tiada langsung perasaan malu dalam diri..

Ya Allah..
Kadang-kadang aku tak mampu untuk menipu apabila hati ini di hinggap perasaan cemburu melihat yang lain melanggar laranganMu.. Seolah-olah aku tidak percaya denganMu.. Subhanallah.. Aku insan biasa Ya Rabbi.. Terkadang disinggahi perasaan ingin menyayangi dan disayangi.. Tapi aku tahu bahawa ianya terlarang kerana Engkau amat mencintai hambaMu dan tidak ingin terjerumus ke lembah zina..

Ya Allah..
Ampunkan aku Ya Rabbi.. nafsu ini amatlah susah untuk di lenturkan.. Aku perlukan bantuanMu Ya Allah.. Hilangkanlah bayangan Rijal yang belum pasti milikku.. Sucikanlah hati aku dari merindui “dia” yang asing dalam hidupku.. Aku mahukan keredhaanMu Ya Rabbi.. Aku ingin hidupku suci kerana aku amat mencintai ilmuMu.. Aku amat memerlukan hati yang tulus suci untuk menerima ilmuMu yang tidak kepada semua orang Kau beri..

Ya Allah..
Aku wanita yang lemah.. mudah tunduk pada nafsu.. Aku amat menyayangi Syabab-Syabab di luar sana.. Aku tidak menginginkan mereka terleka dan terlalai dengan godaanku.. Suara aku yang Kau ciptakan sebagai makhluk yang punya nada lembut bisa membuatkan mereka tunduk..layu..

Ya Allah..
Bantulah aku dalam mujahadah ini.. mujahadah melawan nafsu.. terlalu sakit untuk aku lalui seorang diri.. Aku sedar Ya Allah.. Aku tidak layak untuk mana-mana Rijal yang didalam pemeliharaanMu.. Tapi aku mohon Ya Allah.., Apabila tiba saatnya nanti, Kau anugerahkanlah kepadaku pasangan yang terbaik untuk HATIKU… Agar kecemburuan yang aku lalui ini terubat..


-insan yang mengharap redhamu-