Sunday, May 23, 2010

Wahai Mujahidah Harapan UmmaH!!

Ukhtiku sayang…,
Berjalanlah dengan penuh harapan,
Walau hidup ini tak selalu bahagia..
Sedekahkanlah satu senyuman,
Walau dihatimu tidak mampu lagi bertahan..
Belajarlah untuk memaafkan,
Walau dirimu terluka..
Berhentilah memberi alasan,
Walau ingin menyatakan kebenaran..
Hiduplah dalam iman,
Walau hari dipenuhi dugaan..
Dan berpeganglah kepada Allah,
Walau Dia tidak kelihatan..

Bukti kasihnya, kita wujud di dunia pinjaman ini… Ada sebab apabila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengaku beriman kepadaNya… Jangan terlalu banyak berkhayal untuk menjadi yang terbaik kerana hidup tidak semudah itu.. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi.. Moga lelahmu dihargai ilahi walau dicemuhi insani…