Friday, February 26, 2010

IsLaM daN CinTa SeJaTi....


Bismillahirrahmanirrahim...


Semua orang petah berbicara mengenai cinta.. tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang terunggul?? =)

Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah manusia yang mencintai Allah dan Allah juga menyintainya supaya terisi makna cinta yang sebenar.

Sabda Nabi SAW: "Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah dan menbenci kerana Allah.. (riwayat Ahmad).

Berpasangan dan cinta adalah fitrah, naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap pasangan perlu belajar menggemari pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk saling memahami, sesorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar.

Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkahlaku, hasrat dan keputusan antara mereka. keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurang. Kualiti komunikasi sama ada positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. bersikap terlalu kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar sidia tidak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita terletak dimulut, kerana mereka gemar meluahakan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki pula berada dihati, kerana mereka lebih memendam rasa.

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang.. akan tetapi, cemburu yang berlebihan adalah antara petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya. Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala pasangan yang tidak bahagia pula, mereka berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh.

Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois yang akan memburukkan lagi perhubungan apabila berlaku krisis. Usahlah pentingkan diri tapi, banyakkan toleransi. Jika setipa pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, maka, berlumba-lumbalah mencari kasih sayang dan carilah keredhaan Allah, itulah sebaik-baik pasangan..

..CINTAILAH SIAPA SAHAJA YANG KAMU CINTAI, TETAPI SUATU HARI NANTI KAMU AKAN BERPISAH DENGANNYA, TETAPI MENCINTA TUHAN KEKAL BUAT SELAMANYA...


.....***Pencari Cinta yang mencintaiNYA***....

No comments:

Post a Comment