Monday, February 15, 2010

Kembara iLmu Bermula...

بسم الله الرحمن الرحيم..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Pengembaraan sudah bermula..
Setiap detik jantungku berdetak, semestinya aku mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Namun, mana mungkin manusia dhoif yang bergelar insan ini, dapat lari dari niat yang menyimpang..?
Sejauh manapun harapan diri untuk mendapat redha Allah, hanya iman di dada yang bisa menguntainya.
Nilaian Allahlah semata-mata sedalam mana keikhlasan kita dalam mengembara mendapat redha-Nya. Kadangkala ketika niat tersasar dari apa yang diharapkan, pasti ia mendatangkan berbagai-bagai niat yang menyimpang.
Manusia tidak sesekali boleh lari dari perasaan bangga ketika di puji.
Melainkan Allah mengizinkan untuk berkebolehan dalam bermujahadah dengan perasaan itu.
Izinkan aku meminjam pepatah dari orang2 cina.
"Orang yang memujiku adalah musuhku".
Teringat juga aku pada seorang sahabat baginda SAW tatkala dirinya dipuji.
Diambilnya pasir lalu dilemparkan kepada Si Pemuji itu.
Itulah sifat para sahabat.
Tidak dinafikan, dalam menelusuri pengembaraan yang penuh dengan imtihan Allah, aku pastikan berhenti di persinggahan.
Tatkala itu, pastikan ada kata2 pujian walaupun ianya samar2 kedengaran.
Disitulah terujinya keikhlasan aku.
Apa yang dilakukan adalah benar2 untuk redha Allah atau untuk mendapat sanjungan..??
Lebih2 lagi dalam kembara menuntut ilmu.
Bagaimana niat aku dalam menelusuri pengembaraan mencari ilmu Allah?
Lebih2 lagi ilmu agama?
seringkali aku tanyakan pada diri sendiri,
"untuk apa dan kerana apa aku mempelajari semua ilmu2 ini??"
Berulang2 kali aku tanyakan pada diri. Adakah benar kerana Allah dan redhaNya??
Atau jauh di sudut hati, kerana duniawi dan habuannya??!
Subhanallah.........!
Akukah itu? Yang terpesong niatnya??
Macam2 niat yang berselirat di dada penuntut seperti aku.
Niat2 yang sepatutnya di "bakulsampahkan".
Niat agar di gelar ALIM!
Niat agar di gelar BIJAK PANDAI!
Niat menimbun HARTA!
Niat menipu manusia!
Niat mendapat PANGKAT dan SANJUNGAN!
Ringkasnya niat untuk dapat habuan dunia!!
TUDAKK!!
Itu bukan diri aku yang sebenar!
Seringkali aku memujuk diri ini untuk sentiasa betulkan niat.. semuanya bergantung pada hati yang sentiasa dibajai iman..
Iman... ianya ibarat bijih benih yang sentiasa memerlukan penjagaan rapi.. perlu disiram untul terus bercambah dan seterusnya menghasilkan pucuk2 yang sihat lantas menjadi pohon yang rendang yang membuahkan hasil yang ranum..
Iman kita, jika tidak di bajai, ianya bisa mendahului nafsu.
Apabila nafsu di atas, iman pasti dibawah. Disaat itu, aku lebih buruk perangai dari Si bertanduk. Kerana apa aku berani menyatakan sedemikian?? Kerana Si bertanduk itu tidak sesekali melakukan apa yang di hasutnya. Ia hanya menghasut. Yang buat aku!
Subhanallah....
Moga aku bukanlah dari golonagn yang melalaikan pembajaan iman.. InsyaAllah..

Disini.., aku mengajak diri aku serta sahabat2 supaya kita sentiasa ingatkan diri kita untuk memperbetukan niat2 yang terkadang bisa terpesong. Supaya ianya tetap dan teguh di landasan yang betul.

Aku..? Aku kan tetap terus mengembara untuk sedaya upaya Allah redha terhadap aku..

Engkau..! Aku tetap doakan bersama dalam meniti pengembaraan hingga kembara yang terakhir..
InsyaAllah..

....**KEMBARA ILMU, DI TANAH GERSANG BUMI KIPSAS, PAHANG 2010**.....

No comments:

Post a Comment