Monday, September 12, 2011

Kisah seorang Wali~

Diceritakan bahawa ada satu kisah pengalaman dari seorang wali iaitu Yazid Bustami..

satu hari, datang seorang teman kepada Yazid Bustami untuk mengadu.. "saya telah berpuasa setiap hari dan bersolat setiap malam selama 30 tahun tetapi tidak juga memperolehi keringanan roh seperti yang engkua ceritakan."

Lalu Yazid Bustami menjawab.. "Kalaupun engkau berpuasa setiap hari dan bersolat setiap malam selama 300 tahun, engkau pasti tidak akan menemukannya juga..".

"kenapa..?" pintas temannya.

Jawab Yazid, "Sifatmu yang pentingkan diri sendiri dan tamak menjadi penghalang dan hijab antara engkau dengan Allah."

Teman itu lantas bertanya.. "katakanlah padaku apakah ubatnya..?"

"ada ubatnya.." kata Yazid. "tetapi engkau tidak akan sanggup untuk melakukannya.." sambung Yazid.

Namun Yazid dipaksa oleh temannya supaya memberitahu apakah ubat kepada penyakitnya itu.. Maka jawab Yazid..

"pergilah ke kedai gunting yang terdekat dan guntinglah janggutmu. Bukalah sendiri bajumu kecuali paras pinggang yang menutupi dari aras pinggangmu. Ambillah karung yang biasa di isi makanan kuda, dan isilah karung itu dengan buah kenari dan gantunglah karung itu di lehermu. Kemudian engkau pergilah ke pasar sambil menangis dan laungkanlah begini.. "setiap kanak-kanak yang memukul batang leherku akan mendapat sebiji kenari!" Kemudian, pergilah tempat persidangan Kadi, hakim dan ahli hukum, katakanlah kepada mereka. "selamatkanlah jiwaku".

Teman Yazid lantas menjawab, "sungguh! aku tidak sanggup berbuat begitu. Berilah aku cara pengubatan yang lain."

Maka Yazid menjawab, "Yang aku ceritakan tadi adalah permulaan kepada rawatan penyakitmu. Hakikatnya begitulah, engkau tidak dapat disembuhkan lagi sekiranya gagal memulakan rawatanmu sebegitu."

Yazid Busatami adalah seorang wali Allah yang diberi keistimewaan dapat membaca hati temannya yang berjuang semata kerana nama, pangkat dan sanjungan manusia. Oleh sebab itu Yazid memerintahkan temannya untuk bermujahadah dengan nafsunya dengan cara menghina diri dan menyatakan apa yang telah disembunyikan oleh temannya itu dari orang ramai.

p/s: selagimana nafsu tidak dipatahkan, selagi itu roh dan batiniah tidak dapat disucikan.. maka selagi itulah hati terhijab.. Na'uzubillahi min zalik~

No comments:

Post a Comment