Monday, September 12, 2011

Aku Dusta Ya Allah.. =(



Aku belum pasti adakah aku sudah betul2 mengenalMu Ya Allah..?
Hati aku masih ada perasaan ragu2 terhadap janji2 Allah..
Ayat2Mu seringkali aku alunkan dengan merdu,
namun aku tak tahu apakah ianya meresap ke hati ataupun sekadar alunan..
berdustakah aku mengakui bahawa aku seorang yang bertuhankan Engkau..?
Jangan hukum aku Ya Allah... =(
Aku hambaMu yang dhaiff...

Dosa2 ku semuanya dalam rahsiaMu..
Hatiku berat untuk mengakui ianya satu beban malah seolah-olah ianya hanya seperti perkara kecil yang kumain-mainkan..
Aku Dhaiff Ya Allah..

Aku termasuk hambaMu yang kufur kerna seolah2 aku tidak khuatirkan dosa2ku..
Orang yang beriman melihat dosa2 kecil mereka seperti gunung2, namun aku..?
Seolah2 dosa dan pahala seperti tiada beza lagi..
seperti aku tidak kenal lagi mana baik dan buruk..
Ya Allah.., Aku Dhaiff.. =(

Jangan kaburkan pandangan mata hatiku..
Aku perlukan hidayatMu..
Tapi hati aku berat untuk meminta dariMu..
Sombongnya aku Ya Allah..
Allah.., aku dhaifff.... =(

Wahai Allah..,
Engkau Maha Hebat..,
segala-galanya dalam pemeliharaan Kau..
Namun.., mengapa aku berat untuk akuinya..?
Engkau pemelihara Neraka itu,
Namun aku tidak pernah meminta dari Engkau untuk jauhinya dari aku..
Apakah aku tidak mengakui bahawa Neraka itu benar2 panas..?
atau ianya dibatasi keegoanku..? =(

Adakah aku berdusta denganMu Ya Allah..?
Aku tahu Engkau Maha Mengawasi..,
Tapi apa yang aku lakukan seperti aku tidak yakin ada mata yang melihat..
Apakah Kau hijab hati aku..?
Jangan Ya Allah..
Ampun Ya Allah..
Aku Dhaifff.. =(

Benar Ya Allah..,
Aku benar2 berdusta..
Hatiku tiada rindu dan cinta padaMu..
Ia sekadar dibibir sahaja..
Ampun Ya Allah..
kembalikanlah semula cinta kita.. =(
Aku sunyi..
Aku sepi..
Engkau pemilik rindu dan cinta itu..
Pandanglah semula aku..
Aku dhaiff Ya Allah.. =(


~Nor Afniza@NurHarrah~

No comments:

Post a Comment