Sunday, August 14, 2011

~menyingkir sebelum disingkir~


Bismillah.. dengan namaMu Ya Allah..

Subhanallah..
Disaat insan lain teruji dengan hati2 mereka,
Aku disini Engkau lemparkan ujian dengan Tali Silaturrahim..

Sungguh Ya Allah..
Aku teruji denganMu..
Engkau Maha Hebat..
Pernah dahulu aku disingkir dari hidup insan-insan yang aku sayang,
Kini biarlah aku yang menyingkirkan diriku sendiri sebelum terjadi penyingkiran itu semula..

Sungguh..,
Tak siapa mahu hatinya terluka,
Namun apakan daya..,
Aturan Allah itu adalah yang terbaik buat HambaNya..

Aku akui Ya Allah..,
Di dadaku penuh rahsia yang tak bisa ku khabarkan pada yang lain..,
Engkau pencipta mehnah-mehnah ini,
Engkau jualah kepunyaan segala jalan selesaiNya..

Aku disini..
Terluka hanya dalam pengetahuanMu Ya Rabb..
Lidah kelu ingin meluahkan pada yang tak selayaknya..
Segala penderitaanku,
Biarlah sekadar Engkau tempat pengaduanku..

Allah......,
Engkau tahu aku layak untuk Ujian ini..
Sabarkan aku, jua redhakan aku..



3 comments: