Monday, January 10, 2011

Kembara Tamadun ( >_<)

Pada Tanggal 31 Disember 2010 ana telah ke Terengganu mengikut seorang sahabat pulang kerumahnya. Tapi dalam masa yang sama berniat untuk ziarah keluarganya. Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan perjalanan walaupun pada awalnya tiket telah habis. Dengan keinginan yang terlalu berharap untuk berziarah, alhamdulillah kami dapat juga tiket akhir yang dijual pada harga RM30. Kebiasaannya tiket ke terngganu dijual pada harga RM18 shj.

Walau apapun, kami akhirnya selamat sampai kerumah pada jam 2 ptg.
Disambut oleh ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan tengahari Walaupun kesibukan, tapi masih mampu melayan kami.

Pada sebelah petang, kami keluar untuk bersiar-siar di pantai. Walaupun jalan dibasahi hujan, kami tetap seronok menikmati panorama laut yang anginnya bertiup sehinggakan akhirnya kami terpaksa masuk semula kedalam kereta kerana tiupan angin membuatkan jilbab yang kami pakai terselak-selak. (>..<)







Pada keesokkan harinya, kami telah merancang untuk ke Taman Tamadun Islam yang terletak berhampiran dengan masjid Kristal. Walaupun pada mulanya membuatkan kami fikir 2,3 kali untuk masuk, namun kerana ilmu dan minat pada tamadun islam, kami masuk juga dengan bayaran RM15/seorang.

Subhanallah... kebolehan yang Allah ciptakan dan Allah ilhamkan pada manusia untuk membina monumen-monumen yang indah sungguh mengkagumkan. Seolah-seolah berada di segenap pelosok tanah arab. AllahuRabbi.. Hebatnya Allah.. (^_^,)










Gambar-gambar di atas adalah sebahagian gambar yang kali ambil di Taman Tamadun Islam. Sungguh! Allah telah mamberikan nikmat yang besar. Allah telah izinkan kami kesitu. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment