Tuesday, January 11, 2011

Soal Fitrah..? Aku Ketepikan dahulu..

Bissmilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk menulis..
Subhanallah.. Milik Allah apa yang ada di langit dan bumi ini.. Dia berkuasa berbuat apa sahaja. Subhanallah.. hebatnya Allah. (T_T,)



Junjungan besar buat MUROBBI AGUNG kita, Muhammad s.a.w yang sentiasa berhati bimbang pada umat2nya.. (T_T,)
Allah.. selagi termampu, kuusahakan amanahmu Ya HAbiballlah.. (T_T,)




Alahai Fitrah yang bisa menjadi Fitnah..
Bicara soal fitrah ni luas skopnya.. cuma manusia ni lebih fokuskan soal hati dan perasaan atau lebih sinonimnya "CINTA". Bila bicara soal cinta pula, manusia ni lebih kecilkan skopnya kepada "CINTA SESAMA INSAN". Dan kecilkan lagi skopnya,
"CINTA BERLAINAN JANTINA". ya.. fitrahnya itu semua.. ;)

Kenapa ya manusia ni lebih cenderung ke arah tu? jawapan?? tuntutan fitrahlah.. ;)
Termasuklah diri ana. Tapi dimana silapnya tatkala bicara soal cinta? Silapnya kita apabila mula untuk bercerita soal ini berlebihan sehinggakan mendorong nafsu juga turut serta dalam perbicaraan ini. Bukanlah ingin mengkritik, cuma ingin mengingatkan pada diri ini juga bahawa fitrah itu bisa membawa kepada fitnah. ;(

Ana bukanlah seorang yang cenderung kepada soal cinta pada awalnya, tetapi disebabkan faktor2 yang mendorong ana untuk menulis soal ini., ana fikir ia perlu. Tipulah jika ana kata ana tidak punya nafsu untuk berumah tangga. Semestinya ada kerana diri ini tidaklah sehebat Rabiatul Adawiyah yang tegar cintanya pada Allah. Bukan bermakna ana tidak cintakan Allah. Tapi belum tahap sampai seperti seorang wanita sufi ini. Subhanallah.. Ana tak mampu untuk menyembunyikan rasa fitrah ini. Walaupun bukan sekarang waktunya, tapi ia penting dalam hidup ana untuk mengembangkan zuriat keturunan. Ana hanya mampu untuk tolak tepi dahulu soal ni. Hambatan-hambatan lain lebih ana utamakan selagimana nafsu ana belum lagi sampai pada tahap "WAJIB" dipenuhi. Alhamdulillah Allah jualah yang memberi kekuatan ni. (T_T,)

Tatkala manusia lain sibuk berbicara soal ini, hati ini juga terkesan dek diskusi itu. Bukannya salah bicara soal itu. Cuma khuatir jika tersalah dan terlebih bicara akan membawa kepada perkara maksiat yakni maksiat hati. Hati ini mudah ditipu dan senang ditipu. Lihatlah sendiri buktinya dimana kita sering tertipu dan ditipu dek dunia. Tapi masih lagi berani dan tidak serik2 ditipu. Alahai ruginya wahai manusia yang punya hati tapi tidak mampu untuk menghalang. (T_T,)




Hadirkanlah dahulu cintamu untuk Allah.. Selagimana belum lagi terjadi itu, pesanlah pada diri agar bertahanlah dahulu, dan usahakan dahulu untuk meraih cinta Allah..
Allah..
Manusia sekarang ini lebih utamakan cinta manusia berbanding cinta Allah. Mereka lebih bimbang jika hati mereka belum dicintai oleh manusia, tapi mereka tidak sesekali bimbang cinta Allah tiada pada mereka.. sungguh Ya Allah.. Ampunkanlah mereka kerana mereka tidak mengerti.. (T_T,)



Ya Allah.., beri kekuatan pada hamba-hambaMU yang KAU uji dengan "CINTA" itu. Beri kegagahan pada mereka untuk melawan dorongan fitrah yang suci itu agar tidakkan tercemar..
Yakinkanlah pada mereka bahawa pastinya suatu hari nanti akan ada SIDIA yang ENGKAU anugerahkan pada mereka berkat kesabaran mereka dalam mujahadah. Jika bukan didunia, pastinya di syurga. Sungguh!! Engkau tidak pernah membohongi hamba-hambaMU. ;)

1 comment:

  1. Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin saudari mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

    ReplyDelete